Polisi dan Notis Privasi

Pengenalan

Simplepay Gateway Sdn Bhd (No. Pendaftaran Syarikat: 201501030418 (1155742-H)) (selepas ini dirujuk sebagai “senangPay” atau “kami”) adalah Pengawal Data (Data Controller) yang bertanggungjawab memutuskan bagaimana dan mengapa data peribadi anda diproses dan telah merangka dan mengeluarkan Polisi & Notis Privasi ini selarasdengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (sebagaimana yang dipinda) (“PDPA”) serta peraturan, garis panduan dan perintah yang berkaitan untuk memaklumkan anda tentang bagaimana kami, sebagai Pengawal Data, mungkin mengumpul, menyimpan, memproses, berkongsi dan memindahkan Data Peribadi anda (sebagaimana yang ditakrifkan dalam PDPA) apabila anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dan disediakan oleh kami (“Perkhidmatan”).

Polisi & Notis Privasi ini terpakai untuk Data Peribadi anda apabila anda melawat laman web kami (“Laman Web”) atau menggunakan Perkhidmatan kami, tetapi tidak terpakai kepada Data Peribadi anda yang diberikan pada laman web, aplikasi mudah alih atau perkhidmatan dalam talian lain yang bukan dimiliki atau dikawal oleh kami, termasuk laman web, aplikasi mudah alih atau perkhidmatan pengguna lain yang menggunakan Perkhidmatan kami.

senangPay telah disahkan memenuhi keperluan imbasan kerentanan rangkaian luaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCI DSS) dan mematuhi sepenuhnya piawaian PCI DSS tahap 2.

Bagi tujuan Polisi & Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Akaun” merujuk kepada akaun yang telah dicipta dalam Laman Web kami untuk menggunakan Perkhidmatan kami.

Data Penggunaan Teknikal” merujuk kepada data yang dikumpulkan secara automatik apabila anda berinteraksi dengan platform kami, termasuk butiran seperti interaksi anda dengan gerbang pembayaran, masa dan tarikh akses, log transaksi, paparan halaman, tempoh sesi, log ralat, dan data teknikal lain.

Data Peribadi” merujuk kepada data peribadi sebagaimana yang ditakrifkan dalam PDPA.

Maklumat Geolokasi” merujuk kepada data yang menentukan lokasi geografi anda, yang boleh diperoleh daripada alamat IP anda, GPS, isyarat Wi-Fi, atau teknologi lain.

Maklumat Peranti” merujuk kepada maklumat mengenai peranti yang digunakan untuk mengakses perkhidmatan kami, yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada jenis peranti, model, sistem operasi, jenis pelayar, pengecam peranti unik, alamat IP, dan maklumat diagnostik lain.

Pengguna” merujuk kepada pihak yang mempunyai akses, berinteraksi, atau menggunakan Perkhidmatan, Laman Web or mana-mana platform dan aplikasi mudah alih berkaitan.

Peniaga” merujuk kepada pihak yang telah didaftarkan sebagai peniaga dibawah senangPay untuk menerima kad kredit, kad debit, FPX, dan kaedah pembayaran lain bagi menerima pembayaran, mengurus, dan menganalisis pertukaran dana untuk barangan atau perkhidmatan antara Pengguna dan Peniaga tersebut, menjana laporan, serta melaksanakan transaksi kewangan lain melalui Perkhidmatan.

Peserta” merujuk kepada mana-mana individu atau entiti yang terlibat dalam transaksi yang difasilitasi melalui Perkhidmatan.

 

1. Pengakuan dan Kebenaran Anda

Data Peribadi yang diberikan kepada senangPay secara amnya akan dirahsiakan. Dengan menggunakan Perkhidmatankami, dan/atau memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan kami untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menggunakan, berkongsi, memindahkan dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda selaras dengan Polisi & Notis Privasi ini. Anda dengan ini mengakui bahawa anda telah membaca danmemahami Polisi & Notis Privasi ini serta bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda sebagaimana yang dinyatakan dalam Polisi & Notis Privasi ini.

Jika anda telah memberikan atau mendedahkan Data Peribadi mana-mana individu pihak ketiga, atau jika anda adalahsebuah syarikat yang telah memberikan atau mendedahkan Data Peribadi mana-mana individu pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah, pemegang saham individu, pekerja, penandatangan yang diberi kuasa, ejen,wakil atau lain-lain anda, anda dengan ini menyatakan dan menjamin kepada kami bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga tersebut dan berhak untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada kami untukdigunakan, diproses dan/atau didedahkan selaras dengan Polisi & Notis Privasi ini.

Perkhidmatan dan Laman Web kami ditujukan untuk individu yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun.Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda tidak boleh memberikan sebarang data peribadi kepada kami dan mesti menghentikan penggunaan Perkhidmatan kami dengan serta-merta melainkan anda mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sah anda untuk berbuat demikian.

Jika anda adalah ibu bapa atau penjaga sah kepada individu di bawah umur lapan belas (18) tahun, anda tidak boleh membenarkan individu tersebut mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada kami melainkan anda telahmembaca dan bersetuju dengan Polisi & Notis Privasi ini. Sebagai ibu bapa atau penjaga sah, dengan membenarkan anak anda menggunakan perkhidmatan kami, anda dengan ini bersetuju dengan pemprosesan data peribadi merekadan data peribadi anda selaras dengan Polisi & Notis Privasi ini dan menerima tanggungjawab penuh atas tindakan anak anda di platform kami.

 

2.  Apakah Data Peribadi Yang Kami Kumpul?

Kami mengumpul maklumat tentang anda apabila anda melawat Laman Web kami atau menggunakan Perkhidmatan kami atau apabila kami menerima maklumat tentang anda daripada pihak ketiga, termasuk:

  • Data Identiti & Profil: Nama, nombor NRIC/Pasport, umur, jantina, dan dokumen pengenalan diri, nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat, alamat pos, nombor telefon/telefon bimbit, dan alamat e-mel.
  • Data Pekerjaan: Nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, dan butiran pekerjaan.
  • Data Kewangan & Transaksi: Butiran akaun bank (baki, nombor akaun), maklumat kad kredit/debit, instrumen pembiayaan, corak perbelanjaan, dan sejarah transaksi (jumlah yang dihantar/diminta/dibayar).
  • Data Teknikal & Penggunaan: Maklumat peranti (ID, model), alamat IP, maklumat geolokasi, dan data mengenai cara anda berinteraksi dengan Laman Web kami.
  • Data Peserta Pihak Ketiga: Maklumat yang anda berikan tentang Peserta lain dalam sesuatu transaksi (nama, nombor telefon bimbit, atau alamat e-mel).

 

3. Apakah Sumber Data Peribadi?

Kami memperoleh Data Peribadi anda melalui saluran berikut:

  • Secara Langsung Daripada Anda: Apabila anda mendaftar untuk Akaun, mengisi borang, mengambil bahagian dalam ciri dan fungsi tambahan atau pilihan, berkomunikasi dengan sokongan pelanggan kami, sertaterlibat dalam pemasaran, promosi, dan jualan silang (cross-selling).
  • Transaksi: Maklumat yang diberikan sepanjang penggunaan Perkhidmatan kami, termasuk untuk menambah baik Perkhidmatan, menerima wang, atau menjemput bakal pedagang (merchant) lain.
  • Pengumpulan Automatik: Kuki (cookies), data teknikal, dan geolokasi yang dikumpul secara automatik apabila anda melawat Laman Web kami atau menggunakan Perkhidmatan kami.
  • Sumber Pihak Ketiga: Maklumat daripada Pedagang (merchants), rakan kongsi komersial pihak ketiga, biro kredit, dan penyedia data.
  • Penyedia Perkhidmatan: Data daripada biro kredit, penyedia data, penyedia analitik, rakan kongsi pengiklanan, dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
  • Rujukan: Maklumat yang diberikan oleh pengguna lain melalui Program Afiliasi kami.
  • Platform Awam & Sosial: Maklumat yang dikongsi apabila anda berinteraksi dengan kami melalui media sosial, tinjauan, atau di acara fizikal.

 

4.  Mengapakah Kami Menyimpan Data Peribadi Anda?

Kami menyimpan Data Peribadi anda untuk memenuhi kewajipan undang-undang atau peraturan yang berkenaan,untuk tujuan perniagaan kami, dan untuk membekalkan Perkhidmatan kami kepada anda. Kami mungkin menyimpanData Peribadi untuk tempoh yang lebih lama daripada yang diperlukan jika ia selaras dengan kepentingan perniagaan kami dan tidak melanggar undang-undang.

Jika Akaun anda ditutup, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menyembunyikan Data Peribadi anda dan maklumat lain, tetapi kami berhak untuk menyimpan dan mengakses data tersebut selama yang diperlukan untuk mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk untuk tujuan menyelesaikan pertikaian, pencegahan penipuan, atau memenuhi keperluan peraturan. Kami akan terus menggunakan dan mendedahkan DataPeribadi tersebut selaras dengan Polisi & Notis Privasi ini.

 

5. Adakah Kami Berkongsi Data Peribadi Anda?

Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda atau maklumat lain tentang anda dengan pihak-pihak lain termasuk pihak-pihak yang berikut melalui pelbagai cara seperti yang diterangkan dalam Polisi & Notis Privasi ini.

  • Dengan ahli-ahli lain dalam keluarga korporat senangPay: Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan ahli keluarga entiti senangPay termasuk syarikat induk, anak syarikat, syarikat berkaitan, bersekutu dan mana-mana entiti masa hadapan.
  • Dengan syarikat lain yang membekalkan perkhidmatan kepada kami: Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang melaksanakan perkhidmatan dan fungsi di bawah arahan dan bagi pihak kami. Pihak-pihak ketiga ini bertindak sebagai pemproses data (data processor) bagi pihak kami.
  • Dengan pihak-pihak yang terlibat dalam transaksi apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami, contohnya Pengguna lain, Peniaga, dan pembekal perkhidmatan Peniaga: Kami mungkin berkongsimaklumat tentang anda dan Akaun anda dengan pihak-pihak yang terlibat dalam pemprosesan transaksi Ini termasuk Pengguna lain yang anda hantar atau terima dana daripada, Peniaga, dan penyedia perkhidmatan Peniaga apabila anda menggunakan Perkhidmatan untuk membayar barangan atau perkhidmatan. Maklumat yang dikongsi termasuk:
    • Data Peribadi dan maklumat Akaun yang diperlukan;
    • Maklumat untuk membantu Peserta lain menyelesaikan pertikaian dan untuk mengesan serta mencegah penipuan; dan
    • Data terkumpul dan analisis
  • Dengan pihak ketiga lain untuk tujuan perniagaan atau seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang: Kami mungkin berkongsi maklumat mengenai anda dengan pihak lain (termasuk pihak yang berpusat di luar Malaysia) untuk tujuan perniagaan senangPay atau seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang.
  • Dengan kebenaran anda: Kami akan berkongsi Data Peribadi anda dan maklumat lain dengan kebenaran atau arahan anda, termasuk jika anda membenarkan sambungan akaun dengan akaun atau platform pihak ketiga.
  • Pemindahan Data Peribadi Merentasi Sempadan: Sebagai gerbang pembayaran (payment gateway) yangberoperasi merentasi pelbagai bidang kuasa, kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada penerima yang berada di luar Malaysia, termasuk rakan rangkaian pembayaran, perkhidmatan pengesanan penipuan, penyedia infrastruktur awan, dan entiti kumpulan. Kami hanya akan memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia sekiranya sekurang-kurangnya salah satu daripada syarat-syarat berikut dipenuhi:
    • negara destinasi mempunyai undang-undang yang setara dengan PDPA atau memastikan tahap perlindungan yang setaraf (dinilai melalui Penilaian Impak Pemindahan sekiranya perlu);
    • anda telah memberikan kebenaran nyata terhadap pemindahan tersebut, setelah dimaklumkan mengenai kategori penerima dan tujuan pemindahan;
    • pemindahan tersebut adalah perlu untuk pelaksanaan kontrak antara anda dan kami, atau kontrak yang dimasuki atas permintaan anda atau demi kepentingan anda;
    • pemindahan tersebut adalah bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang atau bagi maksud mendapatkan nasihat undang-undang atau bagi mengasaskan, menjalankan atau mempertahankan hak undang-undang;
    • pengawal data mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam semua keadaan kes tersebut:-
      • pemindahan itu adalah untuk mengelakkan atau mengurangkan tindakan buruk terhadap anda;
      • adalah tidak praktik untuk mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada anda terhadap pemindahan tersebut; dan
      • sekiranya praktik untuk mendapatkan kebenaran sedemikian, anda akan memberikan kebenarannya; atau
    • kami telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan melaksanakan usaha wajar (due diligence) untuk memastikan penerima mengendalikan Data Peribadi tidak kurang perlindungannya daripada yang dikehendaki di bawah PDPA, termasuk melalui obligasi perlindungan data kontrak yang mengikat penerima tersebut.

Kami menyimpan rekod bagi semua pemindahan merentasi sempadan, termasuk butiran penerima, negara destinasi, kategori Data Peribadi yang dipindahkan, tujuan pemindahan, dan bukti pematuhan terhadap PDPA.

 

6.  Mengapakah Kami Memproses Data Peribadi Anda?

Kami mungkin memproses Data Peribadi anda untuk sebab-sebab berikut (senarai ini mungkin tidak menyeluruh):

  • Untuk mengendalikan Laman Web dan membekalkan Perkhidmatan, termasuk untuk:
    • memudahkan transaksi;
    • memulakan pembayaran atau menghantar wang;
    • mengesahkan identiti anda dan akses kepada Akaun anda;
    • berkomunikasi dengan anda mengenai Akaun, Laman Web, Perkhidmatan, atau senangPay;
    • mewujudkan sambungan akaun antara Akaun anda dan akaun atau platform pihak ketiga;
    • menjalankan pemeriksaan kelayakan kredit dan penilaian kewangan lain, menilai permohonan, serta membandingkan maklumat untuk tujuan ketepatan dan pengesahan;
    • memastikan Akaun dan maklumat kewangan anda sentiasa terkini; dan/atau
    • menyediakan perkhidmatan pelanggan.
  • Untuk menguruskan keperluan perniagaan kami, seperti memantau, menganalisis, dan meningkatkan prestasi dan fungsi Perkhidmatan serta Laman Web, dan membantu Peniaga lebih memahami Pengguna serta memperbaiki pengalaman mereka.
  • Untuk membantu menilai dan mengurus risiko, mencegah penyalahgunaan Laman Web dan Perkhidmatan kami, serta mengesan dan mencegah penipuan yang melibatkan kami, Pengguna kami, Peserta, rakan kongsi perniagaan, usaha strategik, Peniaga, individu lain, Laman Web kami, atau Perkhidmatan kami.
  • Untuk menyediakan Perkhidmatan yang diperibadikan, memasarkan dan mempromosikan produk serta Perkhidmatan di laman web pihak ketiga dan perkhidmatan dalam talian, termasuk produk dan perkhidmatan daripada perniagaan yang tidak berafiliasi.
  • Untuk menyesuaikan kandungan pemasaran dan pengalaman Perkhidmatan atau Laman Web tertentu agar lebih sesuai dengan minat anda di senangPay dan laman web pihak ketiga.
  • Untuk menggunakan kuki dan teknologi pengesanan lain untuk menyediakan Perkhidmatan dalam talian dan/atau bekerjasama dengan pihak ketiga lain seperti Peniaga, syarikat pengiklanan atau syarikat analitik untuk menyediakan Perkhidmatan dalam talian.
  • Untuk meningkatkan keselamatan Laman Web dan Perkhidmatan serta menyediakan pilihan, fungsi, atau tawaran khusus lokasi sekiranya anda memilih untuk berkongsi Maklumat Geolokasi anda melalui Perkhidmatan seperti pengiklanan, hasil carian, dan kandungan lain yang diperibadikan.
  • Untuk mematuhi obligasi kami dan menguatkuasakan terma-terma Laman Web dan Perkhidmatan, termasuk untuk mematuhi undang-undang, proses perundangan atau peraturan, pihak berkuasa, pengawal selia,pegawai kerajaan, atau pihak ketiga lain berkaitan dengan sebarang saman, perintah mahkamah, atau proses atau keperluan perundangan di bawah undang-undang Malaysia atau peraturan yang terpakai kepadasenangPay atau mana-mana afiliasinya, termasuk undang-undang atau peraturan kad kredit.
  • Untuk mencegah kerosakan fizikal atau kerugian kewangan.
  • Untuk melaporkan aktiviti yang disyaki haram atau untuk menyiasat apa-apa pelanggaran perjanjian pengguna.
  • Untuk memudahkan pembelian, penjualan, penggabungan, atau pengambilalihan yang melibatkankeseluruhan atau sebahagian perniagaan senangPay, termasuk pendedahan Data Peribadi kepada syarikat yang relevan.
  • Untuk menyokong fungsi audit, pematuhan, dan tadbir urus korporat kami.
  • Berkaitan dengan penghantaran dan perkhidmatan yang berkaitan untuk pembelian yang dibuat menggunakan Perkhidmatan kami.
  • Untuk rakan bank seperti yang diperlukan oleh peraturan persatuan kad untuk dimasukkan dalam senarai Peniaga yang dibatalkan.
  • Untuk agensi pelaporan kredit dan pengumpulan.
  • Untuk keterlibatan dalam pemasaran langsung dan penjualan silang.

 

7.  Bagaimanakah Kami Menggunakan Kuki & Teknologi Pengesanan?

Apabila anda melawat Laman Web kami, menggunakan Perkhidmatan kami, atau melawat laman web pihak ketigayang kami bekalkan Perkhidmatan secara dalam talian, kami dan rakan perniagaan serta pembekal kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi pengesanan lain (secara kolektif, “Kuki”) untuk tujuan berikut:

  • untuk mengenal pasti anda sebagai Pengguna dan menyesuaikan pengalaman dalam talian anda,Perkhidmatan yang anda gunakan, serta kandungan dan pengiklanan dalam talian lain;
  • untuk mengukur keberkesanan promosi dan melakukan analisis; dan
  • untuk mengurangkan risiko, mencegah penipuan yang berpotensi, serta mempromosikan kepercayaan dan keselamatan di seluruh Laman Web dan Perkhidmatan kami.

Beberapa aspek dan ciri Perkhidmatan serta Laman Web kami hanya tersedia melalui penggunaan Kuki, jadi jika anda memilih untuk melumpuhkan atau menolak Kuki, penggunaan Laman Web dan Perkhidmatan kami mungkin terhad atau tidak dapat dilakukan. Untuk senarai penuh kuki yang kami gunakan, tujuan khususnya, dan cara anda boleh mengurus pilihan anda, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

 

8. Apakah Pilihan Privasi Yang Tersedia Untuk Anda?

Anda mempunyai pilihan berkenaan amalan privasi dan komunikasi yang dinyatakan dalam Polisi & Notis Privasi ini. Kebanyakan pilihan anda mungkin dijelaskan semasa anda mendaftar atau menggunakan Perkhidmatan atau dalam konteks penggunaan Laman Web anda. Arahan dan pemberitahuan mungkin diberikan kepada anda semasa menggunakan Perkhidmatan.

  • Pilihan Berkaitan dengan Data Peribadi yang Kami Kumpulkan 
    • Data Peribadi: Ia adalah kewajipan anda untuk memberi Data Peribadi yang tepat dan dikemas kini seperti yang diminta oleh kami, yang mana ia adalah wajib bagi membolehkan Perkhidmatan disediakan. Anda boleh menolak untuk memberikan Data Peribadi apabila diminta oleh senangPay, tetapi sesetengah Perkhidmatan atau semua Perkhidmatan kami tidak boleh digunakan oleh anda.
    • Lokasi dan maklumat peranti lain: Peranti yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web atau Perkhidmatan mungkin mengumpul maklumat tentang anda, termasuk Maklumat Geolokasi dan data penggunaan Pengguna yang kemudiannya boleh dikumpul dan digunakan oleh senangPay.
  • Pilihan Berkaitan dengan Kuki
    • Anda mungkin mempunyai pilihan untuk menguruskan keutamaan kuki Sebagai contoh, pelayar web atau peranti internet anda mungkin membenarkan anda untuk memadam, melumpuhkan, atau menyekat beberapa kuki dan teknologi pengesanan lain. Anda boleh memilih untuk mengaktifkan pilihan ini, tetapi berbuat demikian mungkin menghalang anda daripada menggunakan banyak ciri dan fungsi teras yang terdapat pada Perkhidmatan atau Laman Web.
    • Anda mungkin mempunyai pilihan berkenaan penggunaan kuki dan teknologi pengesanan lain semasa anda menggunakan Perkhidmatan atau melawat bahagian Laman Sebagai contoh, anda bolehmemilih sama ada mahu Perkhidmatan atau Laman Web “mengingat” perkara tertentu tentang anda,dan kami akan menggunakan kuki dan teknologi pengesanan lain setakat yang anda benarkan. 

 

9. Bagaimanakah Kami Melindungi Data Peribadi Anda?

Kami mengekalkan langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal, dan pentadbiran yang direka untuk memberikan perlindungan munasabah terhadap kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, pendedahan, dan pengubahan Data Peribadi anda. Langkah-langkah keselamatan ini termasuk tembok api, penyulitan data, kawalanakses fizikal ke pusat data kami, dan kawalan kebenaran akses maklumat.

Walaupun kami komited untuk memastikan keselamatan sistem dan Perkhidmatan kami, anda juga bertanggungjawab untuk memastikan dan mengekalkan privasi kata laluan anda serta maklumat pendaftaran Akaun/profil anda, serta memastikan bahawa Data Peribadi yang kami simpan tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan, dan terkini. Kami tidak bertanggungjawab untuk melindungi sebarang Data Peribadi yang anda kongsi dengan pihak ketiga berdasarkan sambungan akaun yang telah anda benarkan.

Harap maklum bahawa sebarang penghantaran data melalui Internet adalah tidak sepenuhnya selamat. Sungguhpun kami akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan data yang dihantar secara dalam talian. Oleh itu, sebarang penghantaran data adalah atas risiko anda sendiri.

 

10.  Pemasaran Langsung

Kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, komunikasi promosi, atau jualan silang melainkan kami telah mendapat kebenaran opt-in yang nyata daripada anda. Di mana anda telah memberikan kebenaran sedemikian, kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk memberikan maklumatmengenai perkhidmatan dan/atau produk kami dan pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda. Anda bolehmenarik balik kebenaran pemasaran anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami atau menggunakan mekanisme opt-out yang disediakan dalam sebarang komunikasi pemasaran. Penarikan balik ini tidak akan menjejaskan keabsahan sebarang pemprosesan data yang telah dilakukan sebelum tindakan tersebut diambil.

Kami mungkin, dalam beberapa keadaan, mendedahkan Data Peribadi anda kepada Peniaga dan rakan strategik yang dipilih. Pendedahan sebegini hanya akan berlaku apabila anda melanggan produk dan/atau perkhidmatan tertentu yang memerlukan pendedahan tersebut, dan/atau apabila kebenaran anda diperoleh, tertakluk pada undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan, dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada senangPay.

Kami mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa pihak ketiga yang kami kongsikan Data Peribadi anda juga mempunyai polisi privasi dan kerahsiaan yang sesuai.

Di mana anda telah memberikan kebenaran nyata anda, kami mungkin menghubungi anda dari semasa ke semasa dengan maklumat mengenai produk, Perkhidmatan, dan promosi kami yang kami anggap mungkin menarik minat anda.

 

11. Hak Anda dan Cara Menghubungi Pegawai Perlindungan Data

Kami telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data (DPO) yang bertanggungjawab mengawasi strategi perlindungan data kami dan memastikan pematuhan PDPA. Anda hendaklah menghubungi Pegawai Perlindungan Data (DPO) kami sekiranya anda berhasrat untuk:-

  • menggunakan hak anda untuk mengehadkan atau menarik balik kebenaran anda terhadap pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi anda;
  • memohon untuk akses, pemadaman, pembetulan, atau kemaskini Data Peribadi anda;
  • mengemukakan sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Data Peribadi anda.

Anda boleh menghubungi DPO kami di:

  • Orang untuk Dihubungi: Pegawai Perlindungan Data
  • Alamat: Unit 27-8, Level 8 Boulevard Office, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
  • No. Telefon: 03-2771 2707
  • Alamat emel: [email protected]

Sekiranya kami tidak dapat menyelesaikan aduan anda, anda berhak untuk mengemukakan aduan rasmi kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (JPDP) di www.pdp.gov.my.

senangPay berhak untuk menolak permintaan anda bagi perkara yang disebutkan di atas alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang.

 

12. Hak kepada Pemindahan Data (Data Portability)

Di mana pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami adalah berdasarkan kebenaran anda atau kontrak yang anda merupakan pihak di dalamnya, anda mempunyai hak kepada portabiliti data (data portability). Tertakluk kepadakebolehlaksanaan teknikal dan kesesuaian system, anda boleh meminta untuk menerima Data Peribadi anda dalamformat yang berstruktur, lazim digunakan, dan boleh dibaca oleh mesin, serta memindahkan data tersebut kepada pengawal data lain . Untuk mengemukakan permintaan portabiliti data, sila hubungi kami atau DPO kami menggunakan butiran yang dinyatakan di atas.

 

13. Pemberitahuan Pelanggaran Data

Kami telah mewujudkan prosedur dalaman untuk mengesan, menilai, dan bertindak balas terhadap pelanggaran data peribadi. Sekiranya kami mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pelanggaran data peribadi telah berlaku , kami akan memaklum kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dengan seberapa segera yang praktik, dandalam apa jua keadaan, dalam tempoh 72 jam selepas menyedari pelanggaran tersebut (“Notifikasi Awal”). Sekiranya pelanggaran tersebut berkemungkinan mengakibatkan kemudaratan ketara kepada subjek data yang terkesan (sepertirisiko penipuan kewangan atau kecurian identiti), kami juga akan memaklumkan kepada individu yang terkesan tanpapenangguhan yang tidak munasabah dan tidak lewat daripada 7 hari selepas Notifikasi Awal tersebut dilakukan.

 

14. Bahasa

Seperti yang termaktub dalam Seksyen 7(3) PDPA, Polisi & Notis Privasi ini dikeluarkan dalam bahasa Inggeris danBahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, terma versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

15. Pindaan Polisi & Notis Privasi Ini

senangPay berhak untuk mengubah, mengemas kini, atau meminda terma Polisi & Notis Privasi ini dari semasa kesemasa. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan ketara pada Polisi & Notis Privasi ini, kami akan memaklumkan perubahab tersebut kepada anda melalui alamat e-mel anda yang berdaftar dengankami atau melalui notis di Laman Web kami sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa. Bagi perubahan kecil, versi yang disemak semula akan dipaparkan di Laman Web kami dengan ‘Tarikh Kuat Kuasa’ yang baru. Penggunaan berterusan Perkhidmatan kami oleh anda selepas tempoh notis tersebut dianggap sebagai pengakuan dan penerimaan anda terhadap terma yang disemak semula.